Assalamualaikum dan hi uolll :)
candy crush saga
Tak sah kalau pengguna smart phone tak main candy crush. Dalam lrt pon dok nampak makcik-makcik main game nie. Pakcik-pakcik jarang nampak la pulak.
Mustahil la kalau tuan badan nie tak main kan. Jujur sampai satu tahap tu nak uninstall game nie sebab rasa macam frust sangat sebab level tak lepas-lepas. Tapi teguhkan iman jugak sebabnya masa tu mengenangkan level dah melepasi 200++
Masa first time main game ni action sikit, konon tak nak connect dengan FB sebabnya leceh nanti dapat notification. Last-last terpaksa jugak sebab nak mintak life satu hal. Nak approve ke level seterusnya satu hal lagi. Redho jelaaaa...
level paling best sebab dekat telur unta ada tanda soal
Betul ke ada CHEAT dalam candy crush??
Dengar kata boleh main cheat untuk pengguna Iphone? Ish, tak baik main tipu-tipu ni. Dosa tahu tak. Even main game pon dosa juga hape.
Hari tu ada jugak nampak member pakai android, life die sampai 100 kalau tak silap. Gile bapak best! Tapi yang Zaza tahu kalau nak full kan life jadi 5 tu korang kena setting jam phone 2 jam awal. Hahaha...Goodluck!
Pape pon zaza belum pernah try sebab leceh nak setting bagai. Better tunggu then buat keje lain dulu. Kang kalau dok setting je keje maunya baring mengadap candy crush. Makan, main, tido candy crush je keje ko ye..
level yang zaza main sekarang
Level 240 ni boleh tahan jugak susahnya. Sebab nak lepas level kena complete request yang die nak. Dah kira 2 hari tak lepas-lepas. Selalunya main tengah malam time nak tido. Time tu feel lain sikit. Focus tu yang penting. Cuba korang tutup semua lampu kecuali cahaya phone. Memang focus sangat la cerita die.
nampak tak request kat atas tu
Sebenarnya game candy crush ni ikot luck jugak. Kadang-kadang candy tu elok je turun yang sama color. Tiba-tiba dapat yg coklat bintik warna warni tu. Match pulak dengan candy belang putih. Huh, seronok tak sangga. Pape pon game ni still gunakan otak untuk berfikir dan peka. Berfikir yang dimaksudkan iaitu fikir ada tak candy yang boleh jadikan 4, 5 atau 6 untuk dapatkan candy yang special tu. Peka pulak kadang-kadang kita terlalu excited nak matchkan candy barisan bawah sampai xperasan candy kat atas, kanan atau kiri tu boleh match lagi bagus. Hope korang faham apa yang dimaksudkan :)
Happy Fasting semua :D
No comments:
Post a Comment